Assalammulaikum kwn2 serta pembaca blog! Aku amat tertarik dengan tulisan seorang Cina Islam. Jadi aku copy & paste penulisan beliau untuk pengetahuan aku yang jahil ini. Islam Agamaku!
Benarkah Lelaki Selamat Dari Azab Neraka..?
Kalau
dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu hadis Nabi Muhammad
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang menceritakan pengalaman baginda bertemu
Allah SWT di Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT
telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka
dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di
dunia.
Namun ia bukan bermakna bahawa
orang lelaki terselamat daripada panas api neraka dan dimasukkan dalam
syurga Allah yang penuh dengan pelbagai nikmat yang luar biasa, yang
terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran manusia semasa hidup di
dunia.
usteru, apabila kita lihat beberapa istilah dalam
al-Quran, menggambarkan kepada kita bahawa orang lelaki juga tidak
kurang menjadi penghuni neraka. Ini berdasarkan keterangan al-Quran
seperti istilah ‘Ashabun Nar’ (ahli neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun,
al-Munafiqun, az-Zolimun dan juga istilah yang disebut oleh baginda
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam seperti golongan ‘dayus’, peminum
arak dan anak-anak derhaka.
Apa yang menarik perhatian dalam isu
yang ingin dibangkitkan di sini ialah golongan dayus seperti yang
ditegaskan dalam sebuah hadis baginda. Ramai daripada kalangan umat
Islam hari ini tidak menyedari bahawa mereka boleh termasuk golongan
yang dayus dan tempat golongan ini di akhirat tidak lain adalah neraka.
Siapa Golongan Dayus..?
Mengapa
neraka bagi golongan dayus? Golongan dayus ini sama ada seorang ayah
yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan
pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami
yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung
kepala hingga di bawah perhiasan mereka.
Termasuklah membiarkan
pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup
aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk syurga kerana membiarkan
isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup aurat seperti yang ditegaskan
oleh al-Quran.
Lelaki ramai masuk neraka?
Kalau
dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu hadis Nabi Muhammad
s.a.w. yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di
Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT telah
memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban
dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia.
Namun
ia bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat daripada panas api
neraka dan dimasukkan dalam syurga Allah yang penuh dengan pelbagai
nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran
manusia semasa hidup di dunia.
Justeru, apabila kita lihat
beberapa istilah dalam al-Quran, menggambarkan kepada kita bahawa orang
lelaki juga tidak kurang menjadi penghuni neraka. Ini berdasarkan
keterangan al-Quran seperti istilah ‘Ashabun Nar’ (ahli neraka),
al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun dan juga istilah yang
disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w. seperti golongan ‘dayus’, peminum
arak dan anak-anak derhaka.
Apa yang menarik perhatian dalam isu
yang ingin dibangkitkan di sini ialah golongan dayus seperti yang
ditegaskan dalam sebuah hadis baginda. Ramai daripada kalangan umat
Islam hari ini tidak menyedari bahawa mereka boleh termasuk golongan
yang dayus dan tempat golongan ini di akhirat tidak lain adalah neraka.
Mengapa
neraka bagi golongan dayus? Golongan dayus ini sama ada seorang ayah
yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan
pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami
yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung
kepala hingga di bawah perhiasan mereka.
Termasuklah membiarkan
pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup
aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk syurga kerana membiarkan
isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup aurat seperti yang ditegaskan
oleh al-Quran.
Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj
Sayidina
Ali k.w. berkata: “Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah
s.a.w. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya,
apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”
Baginda
s.a.w. menjawab: “Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku
melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku
menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.”
Ali bertanya:
“Apakah yang ayahanda lihat di sana?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Aku
lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku
lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan
timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).
“Aku lihat
perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke
ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang
memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat
perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. “Aku lihat
perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti
yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang
hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.
“Aku
lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar
dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan
pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.”
Fatimah
pun bertanya kepada ayahandanya: “Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah
kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?”
Rasulullah
s.a.w. menjawab: “Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu
adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya.
Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya
untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.
“Perempuan yang
digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa
izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah
perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.
“Perempuan
tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang
memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan
suaminya dan suka mengumpat orang.
“Perempuan yang memotong
badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan
dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya
dilihat lelaki lain.
“Perempuan diikat kedua kakinya dan
tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana
ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.
“Perempuan
kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat
dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka
membuat fitnah dan membenci suaminya.
Seterusnya Rasulullah
s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menyakit hati suami dengan
lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70
hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya.”
Abu Bakar as-Sidik
mengatakan, aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan
dilaknat dan kemurkaan Allah.”
Usamah bin Zaid menceritakan,
bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku berdiri di atas
syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan
orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada
itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di
atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka
adalah perempuan.”
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini,
kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan
ahli neraka adalah perempuan.”
Rasulullah s.a.w. ditanya, mengapa
ya Rasulullah? Baginda s.a.w. menjawab: “Perempuan mengkufurkan
suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya
seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup.” (Hadis riwayat
Bukhari)
Alhamdulillah, peristiwa ini banyak menyedarkan dan
memberi pengajaran.. Janganlah kita tergolong dalam golongan yang suka
menangguhkan ‘T A U B A T’. Kita tidak tahu, bilakah masanya Allah
Subhanahu Wata’ala akan perintahkan jantung kita untuk berhenti bekerja,
langsung anggota tubuh badan yang lain pun akur lalu nyawa pun
dicabut..?
Bila datang perintah Allah, maka sudah pasti tubuh
badan kita tidak mampu menidakkannya.. Namun.. Berapa banyakkah perintah
Allah selama ini kita nafikan..?
No comments:
Post a Comment