Monday, June 25, 2012

!!NANAS BANTU KEKAL BERAT BADAN~~

selamat tengah hari kepada pembaca blog ini....share info dri blogger...


Nanas ataupun nama saitifiknya comosus adalah sejenis tanaman tropika yang dipercayai berasal dari bahagian timur Amerika Selatan, tergolong dalam keluarga Bromeliaceae.

Nanas sebenarnya bukan hanya buah yang sedap dimakan serta dijadikan jus minuman, malah ia juga mempunyai nilai perubatan yang tersendiri.

Walaupun dikatakan nanas berasal dari Amerika Selatan, namun begitu nanas telah ditemui buat pertama kalinya oleh orang Eropah di Kepulauan Caribbean, apabila Columbus dan para penjelajah membawa nanas ke Eropah, percubaan telah dibuat untuk menanam nanas yang manis ini. Hanya setelah menyedari bahawa nanas memerlukan cuaca tropika untuk hidup maka pada penghujung kurun ke-16, penjelajah Portugis dan Spanyol telah memperkenalkan nanas ke dalam koloni mereka di Asia, Afrika dan Pasifik Selatan. Di negara-negara ini juga nanas telah ditanam sehingga kini.
Buah nanas mempunyai nilai khasiat yang penting seperti vitamin, mineral, serat dan enzim yang baik untuk sistem penghadaman dan membantu mengekalkan berat badan ideal dan keseimbangan nutrisi.
Nanas merupakan sumber vitamin C yang baik dan boleh dimakan mentah atau digunakan dalam masakan. Nanas juga mengandungi lemak dan garam yang minima serta tidak mempunyai kolesterol. Selain itu, nanas juga mengandungi sejumlah kecil vitamin B2, B3, B5 dan B6. Sesungguhnya nanas merupakan buah yang sedap, berkhasiat dan menyihatkan.
Perlindungan Terhadap Radikal Bebas
Salah satu enzim paling penting dalan nanas ialah bromelain dan dikatakan bahawa enzim itu merupakan kunci kepada kebanyakan kebaikan nanas untuk kesihatan.
Apa yang boleh dilakukan oleh bromelain terhadap kecantikan manusia ?
Bromelain didakwa berguna sebagai antikeradangan, berkesan dalam mengurangkan pembengkakan dan membantu dalam rawatan masalah kesihatan seperti sinusitis akut, sakit tekak, artritis dan gout.
Untuk keberkesanan yang lebih, nanas harus dimakan antara waktu makan tanpa mengambil makanan lain. Ini adalah kerana sifat lain bromelain ialah untuk membantu penghadaman. Jika dimakan bersama makanan lain, kebaikan bromelain akan diganggu untuk menghadamkan makanan lain.
Sebagai sumber vitamin C yang baik, nanas menawarkan kepada tubuh manusia satu perlindungan menentang radikal bebas, bahan yang menyerang sel-sel sihat.
Radikal bebas yang terbina boleh membawa kepada athrosclerosis dan penyakit jantung, diabetik, peningkatan dalam serangan asma dan peningkatan resiko pembentukan kanser seperti kanser kolon.Vitamin C juga penting kerana ia mampu menjadi penentang demam salsema dan influenza sekali gus memberi fungsi yang sempurna pada sistem imun.
Mengekalkan Kesihatan Mata
Nanas juga merupakan sumber bagus mangan, sejenis mineral penting dalam beberapa enzim yang perlu untuk tubuh bagi penghasilan tenaga. Nanas juga mempunyai sejumlah tiamin atau vitamin B yang amat penting dalam enzim penghasilan tenaga.
Tahukah anda, buah nanas juga amat bagus diambil kerana buah ini mampu mengekalkan kesihatan mata yang baik serta membantu melindungi masalah mata berkaitan dengan peningkatan usia.
Tiga hidangan buah nanas yang kaya dengan antioksida ini juga mampu merendahkan resiko pembentukan masalah mata begini. Selain itu, buah nanas yang masak juga mengandungu ciri diuretik. Jus buah nanas juga mampu membunuh cacing dalam usus.
Bukan setakat buah, batang atau tangkai nanas juga dikatakan mempunyai khasiat yang tersembunyi.
Menurut kajian yang dilakukan oleh penyelidik di Australia, terdapat molekul berguna yang tersembunyi dalam batang nanas.
Molekul ini mampu bertindak sebagai pertahanan menentang beberapa jenis kanser seperti kanser ovari, payudara, paru-paru, kolon dan kulit.
Sesungguhnya terdapat pelbagai khasiat nanas, namun disebabkan buah ini begitu manis maka nanas tidak boleh diambil oleh mereka yang mengidap diabetik atau mempunyai tahap gula dalam darah yang rendah.
Apa yang pasti, sebelum mengambil nanas untuk tujuan perubatan, perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.
Sumber: Harian Ekspres

Sunday, June 24, 2012

~Bercuti di Melaka Wonderland pada 10.12.11~12.12.11~

salam semua..kepada yg membaca blog aku ni ler...nk update blog dengan kenangan yang best bersama-sama anak2 ketika bercuti di Melaka Wonderland pada hujung tahun 2011....nak update tak nyempat2...baru sekarang sempat....Melaka Wonderland tempat riadah family untuk percutian budget....macam aku ni ler.... masa ni baru sampai rumah mak cik kepada suamiku...kak timah & abg usop melaka.... malam kami jejalan kat sungai ni ler....bila mlm best...sangat cantik permandangan nyer...der lampu2 lagi..... anak2 bergambar disini....

Petua Hilangkan Daki di Leher - aku share dari blogger ~~untuk diri sendiri~~


Daki sering terdapat di bahagian badan dan leher. Kamu tidak perlu bimbang kerana ada petua untuk menghilangkan daki tersebut. Ambil tiga sudu besar tepung gandum, tiga sudu besar oat yang dikisar halus dan setengah cawan tairu. Gunakan tairu masam (natural yogurt pon boleh ler) kerana ia merupakan agen pencerahan kulit semulajadi. Campurkan bahan-bahan ini menjadi bancuhan yang pekat. Sapukan pada leher seperti masker dan biarkan selama 15 minit. Kemudian gosok leher menggunakan kain yang agak kasar dan bilas dengan air suam sehingga bersih. Lakukan dua minggu sekali secara konsisten. InsyaAllah daki mudah tertanggal..

sumber : majalah Dara.Com

Thursday, June 21, 2012

~aku la...sapa lagi...ihikss...~!!

mood mengupdate blog melanda diri.......;p ni la aku yg comeyyy.... aku lagi...bergaya di opis pepagi.... ahahahhaa............si comeyyy....;p

~agogo....cermin mata hitamku yg termahal RM400.00 ELLE!!~

ni la cermin mata aku paling mahal....dah 4 tahun...nak beli baru tak mampu dah....jadi sayangilah ia....hehe:) cak:)...

!New born baby boy 13.06.2012~

happy nyer dapat cubit2 picit2 baby boy nih....comel comel comel....anak sedara ku yang terbaru.... lagi gambor baby comel nih.... dan lagii.... thank you...

~Jalan Jalan Bandar JB in May 2012~

saja-saja meng update blog aku yang dah lama tak update.... bulan May aku sefamily kerap berjalan-jalan...walopon tak berjalan makan angin jauh2 tapi we all happy jalan-jalan makan angin sekitar bandar JB. tadaaa.........me & mr asben... anak2 nak bergambor.... nice place to snap take a photo..

~~Jam Baru vs Jam Lama~~

jeng jeng jeng....dah lama aku dok la tgk2 jam ni....asal pegi KSL mesti aku singgah kedai jam ni....at last!!! semalam aku pergi beli jugak ;p berbakul-bakul bunga aku tersenyum manjang...hati puas...toing~toing....

tak la mahal mana pon...RM178.00 jek....


ni jam Casio aku yg aku jaga sejak beli..... < 4 tahun aku pakai x de problem....anak aku pakai seari jek...bateri mati...lol;p nak beli kan bateri baru tuk jam ni.....