Sunday, June 24, 2012

Petua Hilangkan Daki di Leher - aku share dari blogger ~~untuk diri sendiri~~


Daki sering terdapat di bahagian badan dan leher. Kamu tidak perlu bimbang kerana ada petua untuk menghilangkan daki tersebut. Ambil tiga sudu besar tepung gandum, tiga sudu besar oat yang dikisar halus dan setengah cawan tairu. Gunakan tairu masam (natural yogurt pon boleh ler) kerana ia merupakan agen pencerahan kulit semulajadi. Campurkan bahan-bahan ini menjadi bancuhan yang pekat. Sapukan pada leher seperti masker dan biarkan selama 15 minit. Kemudian gosok leher menggunakan kain yang agak kasar dan bilas dengan air suam sehingga bersih. Lakukan dua minggu sekali secara konsisten. InsyaAllah daki mudah tertanggal..

sumber : majalah Dara.Com

No comments: