Sunday, May 19, 2013

!Jika rasa Derhaka Kepada Org Tua Cepat2 Minta Maaf!


Sama-sama amalkan!! Peringatan untuk diri sendiri!!

Bertaubatlah pada Allah kerana di antara akibat dan bala yang Dia turunkan pada hambanya dengan segera apabila anak menderhaka kepada ibu dan ayah mereka. Dalam keadaan ini, hadis Nabi ada menyatakan bahawa keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapanya dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapanya. Biarpun ibu dan ayah itu jahat, anak wajib menghormati mereka yang membesarkannya sejak kecil lagi. Lebih baik Afiq tidak bertindak mengikut emosi dan perasaan, bertenang dan jumpa ibu serta bawa berbincang. Minta maaf kepada ibu atas segala dosa yang dilakukan itu.

Tambah Ustaz Wan lagi:-
Ingat, kejayaan dia (anak) adalah datang daripada ibu bapa yang mendidiknya. Macam mana sekalipun, anak wajib menghormati ibu bapanya terutama ibu. Dalam hadis ada menyebut, antara amalan yang paling disukai Allah ialah sembahyang pada awal waktu dan berbuat baik pada ibu bapa. Walau apa pun kejutan yang dibuat ibu daripada segi kenyataan atau tingkah laku, kita mesti wajib hormat walaupun tidak suka. Sebagai anak mesti mengalah, bukannya kutuk. Dalam hal ini, letakkan kekasih di tepi. Kerana cinta kepada kekasih boleh membutakan hati antara kaca dan permata kerana cinta membuatkan kita tidak dapat melihat kebenaran dan jasa ibu dan bapa kita

Thursday, May 9, 2013

!Yes...Jalan-Jalan Hatyai 23 Apr ~ 25 Apr 2013!

Assamualaikum semua...kembali lagi di blog makk...makk nak update citer2 ketika jln2 kat Hatyai bulan lepas. Saja2 cuti time anniversary yg ke 15 thn so tak la bawak anak2...kihkihkihh...anak2 jeles la plak kan...tak pe ada rezki nak gak bwk diaorg jln2..mungkin ke KK. Thn bila tak pasti. Tengok pada rezki la nanti.

dlm flight ke Hatyai.....

Hatyai Airport Thailand

 sampi jek airport, aku jln ke depan naik tuk tuk ke bandar Hatyai, ada askar & driver tuk tuk tpi sepatah haram tak paham aku ckp, so dia call kawan dia suruh aku ckp dlm english...lepas tu dia bawa kami ke bandar hatyai.....
 Ini la pemandangan di Hatyai di mana cable2 electric supply btol2 atas kepala....bersepah!!
 Sampai dah...Hatyai City.....
 ni beg aku beli biskut kat dlm kapal terbang....
duk hotel murah jek....jimat....


mkn tgh hari kat sini...Rocky Muslim Rest.

 Tuk Tuk bawa kami kemana2.....gambar atas....
bawah ni pulut mangga...sedapppp sangat....





Songkhla Thailand...bila dh sampai Hatyai wajib gi Songkhla...saja nk tgk mermaid yg jdi idola ramai tuh.....