Wednesday, February 19, 2014

!mandi manda kat Gunung Pulai!

Assalammualaikum...hehee...tgh rajin mengupdate blog...ni kisah aku gi mandi manda ngan bff...elin sefamily, ina, adik chinta coklat & wahidah sefamily.

tamat.

!2014 CNY break..again..BBQ kat rumah mak aku ler!

Assalammualaikum...again..nak update lagi pasal cuti2 raya cina hari tu...mcm biasa BBQ ngan adik2 kat rumah mak abah aku ler...
tadaaa....
gambar kecik..tak pe janji ado...kihkih~!

!2014 - aku meninggalkan BlueScope & menjadi keluarga M Metal!

Assalammualaikum & Salam Sejahtera & Selamat Pagi. hari ni aku baru berkesempatan mengupdate blog aku yg dh lama tak jengah2...sibuk menda nya aku nih...saja buat2 sibuk...erk..kot malas nak menaip panjang2 kot...kalau kat fb post skit jek...kat blog nak kena buat essay...tu yg bercinta jek nakbuat essay...huhuu...tpi hari ni cam rindu sangat kat blog aku nih...so apa lagi merajin kan diri mengupdate blog.
by the way, tahun 2014 aku tidak lagi bersama dengan BlueScope family...aku masuk ke M Metal family...nature of business sama jek...keja pon sama jek..yg beza gaji jek..lebih banyak dri gaji lama. Alhamdulillah. Syukur dengan rezeki yg Allah bagi. Amin!
ni lah kilang M Metal. tempat mencari rezki untuk anak2 dan mak abah aku.

haha..its me...kat work station aku la nih....
with my bestfren.....Jimmy...sangat best!
my colleague...very sporting!

tadaaa....dah abis bab keja nyer citer.....Wasalam.





Monday, June 3, 2013

!3 langkah untuk kulit licin! [3 hari sahaja]! copy & paste gak nih...sebab entri macam best jek!



Ini bukan entri nak jual barang @ produk kecantikan ye!
Sekadar untuk berkongsi info.

Tahu tak satu cara yang mudah dan berkesan
untuk melembutkan kulit dan menghindar dari kulit ditumbuhi jerawat?

Saya ambil tips ini dari Manjadiri 2010.

Tiga langkah untuk kulit licin dalam masa 3 hari.

LANGKAH PERTAMA:
Cuci muka dengan sabun muka berbahan semulajadi seperti madu, buah delima dan lain-lain agen semulajadi lah. Tanpa scrub katanya!


LANGKAH KEDUA:
Buat pes campuran baking soda bikarbonat [yang buat kek tu] dan air. Bancuh sampai jadi macam ubat gigi kepekatannya. Sapukan ke muka 5-6 saat. Kemudian cuci muka hingga bersih. Soda bikarbonat ini dikatakan mempunyai agen membunuh kuman yang murah dan berkesan. Katanya lagi, kdalam masa 3 hari jerawat akan sebab kuman dah terbunuh dengan kejam sekali. Lakukan 2 kali sehari. Kalau guna 5 kali sehari lagi bagus. Setiap kali nak amik wudhu' katanya.


LANGKAH KETIGA:
Lap muka dengan tuala bersih laaaa..

Saya dah try dua hari. So far, kulit memang rasa lembut. Jerawat memang kering. Muka tak lah rasa pedih-pedih ke apa. Biasa sahaja. Saya buat 2 kali sehari. Takkan nak buat 5 kali sehari kan? Tak de kuasa nak bawa pes2 soda bikarbonat masuk bilik air. Kang ada lak yang kata saya nak pi buat kuih / kek dalam toilet kang. Hahahahah


Hmm.. tapi, tergerak hati nak tanya pakcik googletentang kesan sampingan bila soda bikarbinat ini terkena kulit.
Apa yang saya dapati ialah......
ini!



PERTAMA
Mata: rengsa, kemerahan, nyeri
Tertelan: radang tekak, sakit perut

Boleh bertindakbalas dengan asid

KEDUA
Ada juga kata, kalau nak
anak lelaki boleh cuba
basuh tuuuuuutt dengan baking soda...

[ishhh .. tak de kena mengena
dengan topik perbincangan hari ini]



KETIGA
Baking soda boleh juga digunakan untuk
melegakan sengatan haiwan berbisa macam tebuan,
kala jengking [sebelum di bawa ke hospital]


KEEMPAT
Ada juga petua yang sama untuk mencuci jubin.
Petuanya sama macam nak dapatkan
kulit licin 3 hari yang saya bagitau tadi.
Bancuh soda tu dengan air.
Cuma bezanya tambah garam sahaja.

KELIMA
Membersihkan Tekat Benang Emas

Untuk mengatasinya, taburkan sedikit serbuk soda bikarbonat.
Kemudian gosoklah perlahan-lahan.
[juga gunakan soda ini]


KEENAM
- soda bikarbonate ini boleh hilangkan kesan kuning pada lampin baby.

[Bukan pampers pakai buang tau.
Tapi, lampin yang kita pakai zaman kita bebudak tu.
Sebelum pampers yang mencemarkan
alam sekitar diperkenalkan tu]

KETUJUH
-menghilangkan bau pada ketuhar.


KELAPAN
- menghilangkan kuning kunyit
pada blender, dan alatan dapur yang lain.


Soda bikarbonate
ni memang agen pemutih kulit.
Tapi, kan soda ni kan bahan kimia kan?
Tetiba macam cuak lak.
Tak nak lah cuci muka lagi dengan bikarbonate ni lagi.
Terutama bila baca kegunaan soda bikarbobate yang KEEMPAT tu.

Kang takpasal-pasal muka aku halus macam jubin!
AHAHHAHAHAHHA



[Moral of this story:
Nak amalkan apa-apa petua, kena selidik dulu]

!Happy Mother's Day! 12.05.2013 @ Rumah Mak Kg Melayu Majidee!

Assalammualaikum w.b.t kepada pembaca blog or yg sudi singgah my blog...
saja2 nk update & post kenangan bersama Mak tersayang pada Hari Ibu 2013.

Bingkisan ringkas untuk tatapan anak2.




























!Hilangkan Jerawat dengan Soda Bikarbonat! ~ copy & paste...

Hilangkan Jerawat dengan Soda Bikarbonat

Selain menggunakan soda bikarbonat dalam kuih muih, rupanya ia bagus untuk memutihkan kulit dan menghilangkan jerawat di muka. kalau nak putihkan gigi, cuma tambahkan soda bikarbonat dengan sedikit air dan jadikan pes, sapukan pada gigi, seminggu 3 kali.
Kalau nak hilangkan jerawat dan parut jerawat  pula, bancuhkan soda dengan jus lemon/limau nipis dan sapukan di muka, biarkan 15 hingga 20 minit. Cuba tengok tindakbalas, kalau tidak meninggalkan kesan negatif , boleh amalkan, tetapi kulit wajah orang tak sama dengan orang lain , jadi kena tengok juga sesuai ke tak sesuai dengan kulit muka.
Kebaikan limau nipis/lemon

Lemon atau limau nipis mempunayi asid sitrik yang bagus untuk  rawat kulit berminyak, jus limau atau lemon dapat menembusi rongga kulit dan membuang kekotoran dan mengelakkan jerawat serta bintik hitam berlaku.

Cara-cara
Basuh kulit muka bersih-bersih.
Campurkan 2 sudu soda penaik, 1/4 cawan jus lemon/limau nipis dalam mangkuk. Kacau dan sapu di muka.
Biarkan 15 minit dan bilas wajah dengan air suam.

Cara lain membuat mask / topeng  dengan yogurt dan soda bikarbonat
Buat mask atau topeng untuk rawat kulit berminyak, hanya guna bahan yang boleh dapat di kedai dan tak mahal.
Campurkan 1/4 cawan yogurt rendah lemak, 2 sudu besar jus lemon, 2 sudu soda penaik dan telur besar putih dalam mangkuk. Pukul dengan garpu sehingga bahan-bahan  jadi berkrim. Sapukan di muka biar selama 15 minit-20 min.

Soda bikrbonat untuk kulit kena gigitan nyamuk atau semut
Soda bikarbonat juga boleh rawat kulit yang kena gigit semut api atau pun nyamuk, buat pes soda dengan air biasa dan sapu pada tempat kena gigitan tu.

Sunday, June 2, 2013

Cara Mandi Wajib Atau Junub Yang Sah - ni pon aku copy & paste..untuk diri sendiri


mutlak

Mandi wajib ini perlu dipandang serius kerana ini bukanlah sesuatu perkara yang patut dipandang remeh. Mandi wajib yang sah sering menjadi persoalan dalam kalangan umat Islam terutama remaja yang baru baligh, perempuan yang datang haid, lelaki yang keluar air mani, wanita yang keluar darah nifas, suami isteri yang bersetubuh (jimak) dan sebagainya.

Mandi wajib yang betul perlu tahu bagi setiap umat Islam. Walaupun kita sudah belajar mengenai mandi wajib ini tetapi ada kalanya kita masih was-was sama ada betul ke tidak mandi wajib yang kita lakukan. Semoga perkongsian ini memberi seribu manfaat kepada anda 

Sebab Perlu Mandi Wajib
Setiap apa yang terjadi mesti ada sebabnya. Begitu juga dengan mandi wajib ini, mandi wajib bukanlah kena buat selalu tetapi ada sebab yang memaksa kita untuk melakukannya. 
  • Bertemu dia khitan atau bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj).
  • Keluar mani walaupun sedikit.
  • Mati melainkan mati syahid.
  • Keluar haid bagi perempuan.
  • Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).
  • Wiladah atau melahirkan anak. 

Rukun Mandi Wajib
Terdapat tiga mandi wajib. Cukup tiga rukun ini mandi wajib anda sah 
  • Niat
  • Menghilangkan najis di badan sama ada yang jelas (‘ayni) atau tidak jelas (hukmi)
  • Menyampaikan air ke seluruh anggota badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

Jenis Niat Mandi Wajib
1. Keluar mani atau keluar haid dan nifas
“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.
“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.
2. Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri
“Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.
3. Mandi disebabkan keluarnya darah nifas
“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.
Bahasa Arab 

niat


Sunat Ketika Mandi Wajib 
Sunat adalah perkara yang dituntut. Jika anda melakukannya anda mendapat pahala. Tetapi jika anda tidak melakukannya anda tidak mendapat apa-apa.
  • mengadap kiblat
  • membaca basmalah
  • membasuh dua tapak tangan
  • mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum mandi
  • menggosok seluruh anggota badan dengan tangan
  • berturut-turut (muwalat) tanpa putus-putus
  • tertib dengan mendahulukan perkara yang perlu didahulukan
  • membasuh sebanyak tiga kali

Cara-cara Mandi Wajib 
Cara mandi wajib ini sepatutnya anda memberi sedikit tumpuan agar akan memudahkan anda untuk faham. Jadi fokus jangan tak fokus.

  • Bersihkan tubuh dan hilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan semasa mandi hadas selepas ini.
  • Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.
  • Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.
  • Niat dahulu sebelum mandi (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.
  • Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.
  • Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.
  • Gosok atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.
  • Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.